}); Blog Shamsiah AY

June 9, 2020

Hilang Pekerjaan ? Inilah Masanya Untuk Mula Bisnes Sendiri Dari Rumah.

June 09, 2020 0
As Salam,
Semenjak kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penyebaran virus Covid-19, kita semua bagaikan hidup dalam kurungan.Meskipun masih boleh keluar rumah atas urusan perlu dan penting, secara umumnya pergerakan kita sangat terhad dan dikawal.

 
Salah satu jenis perniagaan yang boleh dilakukan tanpa perlu ada kedai dan dijalankan dengan cara sepenuh masa atau separuh masa.

Begitu juga dengan fasa PKPB ( Bersyarat ) dan yang terbaharu kita berada dalam fasa PKPP ( Pemulihan ).Cuma apabila dalam fasa pemulihan, kita sudah dibenarkan merentas negeri, dan maknanya orang ramai sudah dibenarkan balik ke kampung halaman.

Situasi negara yang sedang dalam proses pemulihan ini tentunya bukan sahaja memberi kesan jangka panjang kepada norma baharu dalam masyarakat, malah sudah kedengaran beberapa isu yang lain iaitu pemberhentian kerja oleh Air Asia dan beberapa syarikat lain.Ada yang bekerja tiga hari-4 hari seminggu, tanpa gaji penuh dan ada juga yang dikurangkan gaji.

Adakah anda salah seorang yang terlibat dalam pemberhentian kerja oleh syarikat tempat anda bekerja?

Jika ya, saya turut berasa simpati kepada anda.Pastinya kehidupan yang bakal dilalui terasa lebih sukar.Siapa pun akan berasa sedih, marah, kecewa dan tekanan apabila dalam banyak pekerja atau staf di syarikat, kita antara yang "terpilih" mendapat surat pemberhentian kerja oleh syarikat.

Hakikatnya, bila kita positif dalam perancangan Tuhan dalam hidup kita, kita tidak boleh biarkan perasaan sedih dan kecewa menghantui hidup kita.Apatah lagi jika kita ketua keluarga.Memang kita ada banyak komitmen dan hutang yang perlu dibayar setiap bulan.Keperluan rumahtangga termasuk kos mengasuh anak, persekolahan anak dan juga perbelanjaan barang dapur harus diambil kira.

Jadi, apakah solusinya kepada anda ?
Mencari pekerjaan baharu ? Dalam fasa ekonomi yang sedang dalam pemulihan, adakah peluang untuk kita diambil bekerja sangat mudah dalam waktu terdekat ?

Buat kerja part time ? Tapi apakah pekerjaan yang dapat anda buat sebab anda rasa tak punya banyak kemahiran selain pekerjaan sekarang?

Mungkinkah bagi anda untuk mula memikirkan tentang buat bisnes? Seperti yang kita tahu, 9 daripada 10 punca rezeki itu ada dalam perniagaan.

Panduan lengkap buat Bisnes Burger

Berdasarkan pemerhatian dan keperluan semasa, kita dapati 3 hingga 4 tahun kebelakangan ini, perniagaan berasaskan makanan mendapat permintaan yang sangat tinggi.Meskipun negara dilanda Covid-19, permintaan terhadap makanan tidak pernah berkurang, malah ia pula menjadi antara bisnes yang paling masyuk, dan ditambah baik dengan adanya perkhidmatan delivery dalam bisnes tersebut.Kewujudan perkhidmatan delivery dari Food Panda, Grab Food, BungkusIT dan banyak lagi, menambah peluang pekerjaan kepada runner atau rider pula.

Mungkin inilah masa yang terbaik kita ambil peluang atas kelebihan ini (diberhentikan kerja) dengan mula memikirkan buat bisnes makanan dari rumah.

Pilih untuk buat jenis makanan yang tidak remeh, mudah jual, dan dapat disediakan dalam masa yang cepat.Apakah makanan itu? Biasanya ia jenis makanan harian, mungkin western dan juga jenis makanan yang tidak berat (bukan heavy food).

Antara tips sebagai "pemula" dalam bidang bisnes makanan, kita disarankan untuk cuba dahulu menjual dengan mini pack atau portion kecil, supaya kita dapat kawal kos dan mengelakkan pembaziran.

 Klik untuk dapatkan panduan lengkap buat bisnes makanan dan delivery dari rumah.

Jika anda tidak mampu buat sendiri, boleh dapatkan bantuan atau kerjasama daripada isteri dan anak-anak (jika ada yang sudah dewas atau remaja).Lakukan bisnes ini bersama keluarga supaya kita dapat lebih menghargai sesama ahli dalam keluarga-ibarat susah senang bersama:)

Perihal mengenai harga makanan dan kos bahan, serta waktu yang sesuai untuk open order, boleh anda dapatkan dari sini : Tips Menjual Makanan Dari Rumah-

Dalam mana-mana pekerjaan yang kita buat, pastilah ada cabaran.Begitu juga dengan perniagaan makanan ini.Jika semua peniaga makanan berputus asa dengan cabaran yang dihadapi, maka tak dapatlah kita merasa spaghetti Bolognise yang sedap, macaroni cheese atau burger daging ala McD, Nasi lemak Seringgit dan banyak lagi :)

Kenapa nak fikir sangat tentan rugi, takut tiada pelanggan, takut makanan tak laku, atau tak cukup modal sedangkan kita tak mula lagi pun pekerjaan tersebut.Jadi, masalah dan cabaran kat sini bukanlah pada perniagaan tersebut, tapi puncanya adalah dari dalam diri kita sendiri.

e-Book Panduan dan Tips Memulakan perniagaan Bisnes Dari rumah

Saya mungkin hanya dapat bantu anda setakat ini, dengan memperkenalkan panduan dan tips tentang bagaimana mahu memulakan perniagaan makanan dari rumah, selebihnya pastilah anda yang kena usahakan dan fikirkan langkah selanjutnya.

Jika anda untung sekalipun, saya hanya menumpang gembira-Jika anda gagal, itu bukanlah penamat kepada kehidupan kita.Kita boleh mula sekali lagi dengan membuat post mortem mengapa usaha kita bertemu kegagalan.

Jarang sekali sebenarnya, apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan perancangan yang teliti, usaha yang sehabis baik, doa dan tawakal kepada Allah-akan menemui kegagalan dalam usahanya-melainkan Allah ingin beri sesuatu yang lebih baik kepadanya.

Apapun, lebih baiklah kita mula dari sekarang kerana esok belum tentu tindakan dan kemahuan kita sekuat hari ini.Semoga sukses dengan segala perancangan hidup anda- Ingatlah tidak ada kejatuhan atau kesusahan yang Allah beri, melainkan akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. Aaamin.




May 30, 2020

Cara Mudah Buat Bun Roti Sosej Versi Goreng Yang Lembut Dan Gebus

May 30, 2020 2
As Salam,
Cara Mudah Buat Bun Roti Sosej Versi Goreng Yang Lembut Dan Gebus-Bun Roti Sosej ini adalah hidangan minum petang kami sekeluarga beberapa hari lepas.Saya takdelah ambil pic penyediaannya sebab dah banyak kali buat dan dah kongsi jugak resepinya dalam Blog Cik Matahariku-Jadi ini adalah edisi resepi ulangan yang saya buat untuk family.

bun roti sosej sebelum digoreng.Biarkan seketika sehingga ia mengembang seganda lagi.

Bun roti sosej selepas digoreng.Bun roti sosej ini jadi lebih gebus, lembut dan sedap dimakan panas-panas-ataupun makan sambil minum teh o panas.marvelous sangat!

Resepi Bun Roti Sosej Versi Goreng Yang Lembut Dan Gebus
Sumber resepi: Cik Matahariku
Bahan- bahan adunan doh
5 cawan Tepung Gandum 
3 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu makan buttercup
Bahan- bahan utk kembangkan yis
1 paket yis 11g
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1 cawan air suam
1 paket sosej (potong dua)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Menyediakan Bun Roti Sosej Versi Goreng Yang Lembut Dan Gebus

  1. Sediakan bahan untuk kembangkan yis.Masukkan susu pekat, gula dua sudu dalam satu cawan air suam.Kacau hingga sebati dan masukkan pula yis.Biarkan seketika hingga yis berbuih dan mengembang.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, gula pasir 3 sudu, buttercup, secubit garam dan sebiji telur.Gaul hingga sebati sehingga menjadi seakan serbuk roti.
  3. Bila yis sudah berbuih, masukkan sedikit demi sedikit dalam bekas tepung tadi.Uli hingga mendapat doh yang diingini ( tidak melekat di tangan ).Kalau adunan lembik, tambah sedikit-sedikit tepung gandum.
  4. Biarkan doh mengembang dalam tempoh 30-40 minit.
  5. Bila doh sudah mengembang, tumbuk perlahan untuk keluarkan angin.
  6. Bentukkan doh saiz bulat yang dingini.Kemudian ambil sebiji doh, gulung atau gelek doh sehingga memanjang dan boleh dililit dengan sosej.
  7. Ulang langkah ini sehingga selesai semua sosej siap dililit dengan doh roti.
  8. Biarkan seketika lagi hingga ia mengembang seganda lagi.Biasanya sebaik habis saya melilit semua sosej tu, semua doh roti pun dah mengembang dengan jayanya.
  9. Goreng dalam minyak panas dengan api kecil sahaja.
  10. Angkat dan toskan minyak dan sedia untuk dihidang.
 Doh roti sosej ni boleh juga digunakan untuk buat donut, pau sambal atau pau kukus.
Ikut kesukaan korang suka makan roti jenis mana.hehe.Semua pun akan jadi roti yang gebus dan lembut.

 Masa kita lilit doh kat sosej tengok macam kecik je, sekali dia mengembang, rupa asal pun dah tak kenal.haha.Mengembang dengan jayanya!

 Dengan resepi ini kita dapat sediakan lebih kurang 25-27 pcs bun roti sosej dengan saiz yang macam dalam pic.

 Inila hasilnya selepas digoreng.Bila dah warna keemasan, boleh diangkat.
budak-budak memang suka dengan bun roti sosej yang macam ni sebab ada sosej dan bun itu sendiri sangat gebus dan lembut.

Selamat mencuba semua, semoga dipermudahkan:)




April 8, 2020

Apakah Orang Yang Meninggal Sedar Yang Dirinya Sudah Mati ?

April 08, 2020 6
As Salam,
Apakah Orang Yang Sudah Mati Sedar Yang Dirinya Sudah Mati ?Apa khabar ? Lama Blog ini tidak dikemaskini.Saya ingin memulakan kembali "nyawa"blog ini dengan sedikit perkongsian yang saya perolehi daripada Instagram.Ianya sangat "berbekas" di hati saya.Semoga ia dapat "menjentik" sedikit hati kita yang banyak dosa ini supaya kembali muhasabah diri.


Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya

Beberapa waktu kemudian :

Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.

Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.

Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,

“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.


Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:

“Makkkkkk….!!!!
“Ayaaaaaah…!!!!”
“Abangggggg!!!"
"Atokkkkk!! "
“Neneeeek!!”
“Kakaaaaak!!!”
“Sahabaaaaat!!!”

Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.

Menangis lah dia sambil meminta ampun,

“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”

Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.

Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.

Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.


Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur

Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.

Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.

Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”

Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.

Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.

Sahabat sekarang anda memiliki dua pilihan,

1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman-teman mu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu... Aamiinnnnn...


Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL - QUR'ANNUL KARIM

Mudah-mudahan kita Semua Tergolong dalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T.aamiin.

Sumber : Minda Rakyat

December 24, 2018

Bagaimana Merancang Azam Baru Pada Tahun 2019 ?

December 24, 2018 0
As Salam,
Bagaimana Merancang Azam Baru Pada Tahun 2019 ?Alhamdulillah.Pernah dengar tak ada sesetengah orang yang memilih aktiviti "menulis" sebagai terapi diri? Kalau pernah, anda sekarang sudah bertemu dengan salah seorang darinya.haha.

Menulis ibarat terapi diri kepada sebilangan manusia di dunia ini-

Syukur Sangat.
Allah pilih saya menjadi salah seorang hambaNya yang mendapat ketenangan diri  dengan menulis:)
Ada ramai orang yang sampai sanggup mendaki gunung, meredah hutan dan lautan atau mengembara ke pelusuk dunia, untuk mendapatkan ini-rasa tenang.
Jika anda sedang serabut, anda akan tahu, betapa nikmatnya perasaan tenang itu.Apapun kurniaan Allah kepada kita, terima semuanya dengan lapang dada dan redho.Perbezaan dan kelainan antara kita, inilah yang menjadikan kita lebih tolerate, menghargai dan menghormati antara satu sama lain.


Eh, saya ni sebenarnya dah terlajak menulis.Asalnya nak kongsi tentang cara mudah nak buat azam baru sempena tahun baru yang bakal menjelma tak sampai satu minggu pun lagi. Apa agaknya perkara pertama yang kita kena fikir dan rancang untuk tahun baru 2019 ini?

Bagaimana Merancang Azam Baru Pada Tahun 2019 ?
  1. Mulakan dengan Fikiran Positif- Kalau pun selama ini kita memang dah positif, tak salah pun kita refresh balik apa keinginan atau kemahuan terbaik kita untuk setahun mendatang.Hal positif akan datang bila kita mahu ia datang.Hal negatif juga begitu.Bila kita positif, datanglah pelbagai hal negatif pun, kita akan tahu cara mengendalikannya tanpa panic dan serabut.InshaAllah.
  2. Catat dengan jelas apa azam baru anda-Yang menjadi masalah azam tidak kesampaian setiap tahun ialah anda langsung tidak menulis azam tersebut.Dengan menulis dan mencatat azam yang kita mahu buat, sekurang-kurangnya bila kita down atau rasa nak putus asa, kita boleh tengok, baca dan bina balik motivasi dalam diri. Jadi, mulakan untuk menulis apa sahaja azam anda sekarang!
  3. Berikan Tempoh Masa Yang Sesuai-Semua orang mempunyai komitmen yang pelbagai.Diri kita juga bukanlah superhero yang boleh menguasai dan mengawal semua benda yang berlaku di sekeliling kita.Jadi, belajarlah untuk terima keupayaan diri dengan memberi ruang masa yang sepatutnya untuk mencapai azam baru diri sendiri.Jadikan ia realistik untuk dicapai dalam tempoh tertentu:)
  4. Buat dan Fokus Untuk Capai Azam-Inilah part yang paling sukar.Kebanyakan dari kita, memang punya impian dan azam untuk dicapai setiap tahun, malangnya hanya sedikit yang benar-benar berusaha untuk mencapainya.Kenapa jadi begitu? Sebab kita tak fokus.itu sahaja.Kalau kita fokus, kita akan mudah kembali ke pangkal jalan dan berusaha keras untuk capai impian kita.


Harap perkongsian ini dapat memberi nilai dan manfaat kepada anda yang membaca post ini hingga selesai.Yup! saya sudah mulainya meskipun tahun 2018 masih berbaki.Kenapa nak tunggu 1 Januari 2019 baru nak mula? Orang berjaya mengawal masa bukan masa yang mengawalnya:)

Jom, kita mula rancang dan tulis azam baru kita sekarang!

December 19, 2018

Allah Pasti Beri Yang Lebih Baik

December 19, 2018 0
As Salam,
Hari ini saya mendapat perkhabaran mengenai kegagalan anak kedua saya daripada terpilih ke SMKA di SEMADAH, Pedas.Salah sebuah sekolah menengah Agama di Negeri Sembilan yang menawarkan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab.Seawal pagi, selepas saya mengetahui berita ini, perasaan saya memang berbelah bagi.

SMKA SEMADAH di Pedas, Negeri Sembilan.Sekolah yang saya ingin hantar anak kedua saya mengikuti pembelajarana alam menengah di sini.Alhamdulillah.Anak saya tidak berjaya dalam Ujian Kelayakan kemasukan ke tingkatan 1 ke sekolah ini.Allah pasti beri yang lebih baik.aamiin.

Saya mula terfikir, ke mana arah persekolahan alam menengah anak kedua saya nanti.Walaupun ada lagi satu permohonan anak kedua saya iaitu ke SBP yang belum diketahui keputusannya, tetapi perasaan mengharap itu tidaklah seperti saya mengharap sekolah yang ini.

Saya hampir lupa.
Tatkala ini saya sepatutnya ucapkan syukur Alah yang atur segalanya.Tentu DIA lebih tahu yang mana lebih baik untuk anak saya, Eqin dan kami semua.

Saya juga mungkin lupa akan hakikat doa yang saya mohon kepadaNya sebelum ini. Semasa berdoa, bukan main saya kata, Ya Allah berikan kepada anak kami sekolah yang terbaik untuknya.Tapi bila semakan keputusan dibuat, dan anak saya tak dapat sekolah yang kami harapkan, saya lupa bersyukur.Ampuni aku Ya Allah.
Manusia macam kita ni memang pelik kan.Bila Allah tak bagi apa yang kita nak, kita rasa sedih, hampa dan berduka.Padahal, realitinya, kita patut dah faham, bahawa Allah hanya beri yang terbaik untuk kita.Tak pernah dalam hidup saya, Allah bagi yang akan buat saya menyesal, melainkan saya mendapat pengajaran dan kebaikan yang banyak daripada setiap kurniaanNya.Allahurobbi.
Sekarang ni, bila saya menaip entri di sini, saya sedang memujuk diri sendiri dan muhasabah akan fikiran negatif saya seawal pagi tadi.Kenapa saya nak bingung atas urusan yang Allah dah aturkan untuk kita.Kita dah usaha yang semampu daya, sudah berdoa dan bertawakal, bila sampai masanya, terimalah sahaja dan ikut sahaja apa yang Allah dah beri kepada kita.Insha Allah.
Memang susah untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah jika kita tidak mendapat sesuatu seperti yang kita kehendaki,Tapi, hati dan fikiran kita perlu belajar terima hakikat ini dengan satu perasaan redho.Percayalah bila engkau dah rasa redho dengan apa yang Allah tak beri, hati engkau sendiri akan rasa tenang dan bersyukur dengan seikhlas hati.Perasaan hampa atau terkilan akan hilang sendiri.Positif sahaja.Allah pasti akan beri yang lebih baik.aamiin. 
Seperti anda, saya juga sentiasa yakin bahawa saat Allah tidak memakbulkan hajat dan impian kita, bukan bermakna DIA jauh dari kita, tetapi kita yang mungkin jauh dariNya.Wallahualam.

Terima kasih berkongsi perasaan dengan saya.Semoga Allah merahmati hidup kita semua.aamiin.

December 18, 2018

Wordless Wednesday Part 1

December 18, 2018 0
As Salam,
Sejak berblog dari tahun 2011, personally saya tak pernah sekali ikut segmen Wordless Wednesday.Dah namanya Blooger kot, mana boleh tahan kalau setakat taip dua tiga kerat, lepas tu bubuh gambar banyak-banyak atau sekeping gambar dalam post.Macam tak berbaloi.kihkih.Tengok post kali ni.Tajuk je nak Wordless Wednesday bagai, padahal, beriya ko menaip kann.heh.

Orait.
Peraturan ini kita yang buat.Blog ini pun den punyo.Rasa macam nak hempuk kepala sendiri sebab tak jugak berjaya menghilangkan kata-kata sempena hari Rabu yang penuh barokah ni.Jommlah, kita cuba.Jom ber wordless wednesday:)-

 selfie selpot dengan putera bongsu- yang saya panggil dengan berbagai nama:)

Kadang-kadang saya panggil namanya Rayyan, if sometime dia tak behave.haha. 

 Kalau dia behave and good boy, namanya jadi Adik. ceh gitu.

Kalau dia over the rules, maka namanya akan menjadi Nur Muhammad Aryan Iman.Amacam?
Nama tu automatik keluar ikut behave dia dalam satu-satu masa.Bertabah jelah anak oii.

December 8, 2018

The Perfect Moment is NOW!

December 08, 2018 1
As Salam,
Wah.kemain.
Terima kasih yang mengenali saya melalui Blog Cik Matahariku.
Yup! saya penulis blog itu, dan kini saya one step ahead dengan blog personal yang baru dengan branding nama sendiri:)
Tak susah ke buat banyak blog?
Karang tak terupdate blog. sedangkan yang satu blog pun terkial-kial nak maintain update.hihi.
At least den ado blog, ekau ada?kiki.Jangan marah na.


Orait.
Selain blog personal yang kat sana, blog yang kat sini, saya nak khususkan lebih kepada motivate myself and others.Insha Allah. Sampai satu masa, saya tahu kebanyakan orang-orang yang berjaya, dalam hidup mereka tidak lagi buat atau usahakan sesuatu untuk dirinya sahaja, tapi mereka dah mula berbakti dan berkhidmat untuk kejayaan orang lain pula:)


Teringat cakap cikgu Kaunseling saya time kat Sekolah Menengah dulu, katanya, kita hendaklah berjaya dengan membantu orang lain berjaya.Ceh gitu:)


Lagi satu, saya bukanlah dah berjaya sangat, tapi nak tunggu betul-betul berjaya baru nak kongsi buat hal baik atau ajak buat perkara yang betul, macam dah terlambat je kan? Itu kalau umur panjang, kalau Allah dah panggil balik, rugi pulak rasanya.


So, just remind for today, for you and for me, jom kita buat sekarang.Buat benda yang kita memang dah ada niat, tapi tak juga terlaksana.Tak payah tunggu perfect moment, make the moment perfect.yeahh.Jomm:)



September 28, 2018

Kerja Part Time Yang Paling Best Lepas SPM

September 28, 2018 1
As Salam,
Kerja Part Time Yang Paling Best Lepas SPM- Part paling best bila dah habis exam tentulah kita dah tak payah nak fikir pasal buku atau buat ulangkaji kan.haha.Tambah-tambah lagi korang pulak batch student lepasan SPM, yang sah-sah akan banyak betul masa free.Akak dulu pun pernah ambik SPM dik, akak tahu betapa happynya bila dah habis exam SPM tu.

Sementara tunggu result periksa, kena pandai cari peluang untuk tambah ilmu atau nilai diri kita.Peluang pekerjaan selepas graduate, memerlukan calon yang serba boleh dan berdaya saing.Kalau ko cuti 3 bulan tapi dok perabih beras, toksah harap nak hidup senang bila ko dah habis belajar nanti.Ingat tu.

Tapi tu semua sekejap je.Sampai bila ko nak dok mengadap phone atau laptop.Untung kalau ada awek atau boyfriend, ada jugak sebab nak hadap phone tu kan.hahha.Ni pulak, cuti lama, hari-hari tengok movie pun naik bosan.So, apa nak buat buat lepas habis SPM ek?

Time kat sekolah memanglah memanjang happy.Maklumlah duit belanja mak bapak ko yang tanggung.Nanti bila ko dah masuk kolej atau Uni, ko akan tahu susah payah nak dapatkan duit.Tambah lagi course yang ko ambik memang perlukan kos yang besar.Kesian kot mak bapak korang tak berhenti kerja untuk support korang.Buat kerja part time salah satu inisiatif untuk kita bantu dan ringankan beban kewangan keluarga.

Meh sini, akak kongsikan satu good news untuk korang yang dah habis periksa, tak kisahlah periksa kat kolej, Matrik atau Uni, satu part time job yang boleh hilangkan kebosanan korang sebab kita akan dapat bayaran lumayan dengan buat part time job ni.

Taklah susah mana.Asalkan korang ada internet dan laptop kat rumah, setel. Dan jugak ada kemahuan dan serius nak dapat upah lumayan.Kalau tak, ko duduk situ diam-diam.

Berita baik yang akak maksudkan ialah peluang untuk korang bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa dengan syarikat dan usahawan dalam talian dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas hanya dari rumah.

Kerja sambilan ini akan beri peluang kat korang untuk menerima pembayaran upah yang sangat lumayan mencecah lima angka setiap bulan.Tambah asyik sebab bayaran upah akan dibayar dalam nilai USD sebab kebanyakan syarikat yang menawarkan kerja sambilan ini adalah syarikat antarabangsa. Masyuk beb!

Okey macam ni. Mesti korang pun fenin, macam mana nak start atau apply kerja part time ni kan? Siapa nak guide korang? Kerja macam mana yang sesuai untuk korang apply dan banyak lagi.No worries geng.

Akak ada join satu team atau member yang kebanyakannya dah buat kerja sambilan ni.Depa pun dulu sebelum join atau apply buat part time ni, mereka telah mendapat panduan khas yang sekarang ni menjadi rebutan ramai student yang suka buat job sambilan ni.

Panduan yang depa dapat ni, disediakan dalam bentuk e Book yang memerlukan korang DAFTAR DENGAN JOBDIRUMAH untuk dapatkan semua strategi, tips dan cara untuk mulakan kerja part time yang dibayar dengan USD ni.

Kat bawah ni contoh kerja part time yang ditawarkan.Sebenarnya ada banyak lagi.Hampir kesemua jenis pekerjaan di bawah adalah pekerjaan biasa yang boleh dilakukan mengunakan komputer dan dihantar melalui internet.

Pembantu Pentadbiran
  •  Data Entry Specialists
  • Email Handlers
  • Google Search Agents
  • Internet Researchers
  • Transcriptionists
  • Virtual Assistants

Penulisan & Kandungan
  •  Blog Articles
  •  Copywriters
  •  Microsoft Word
  •  Proofreaders
  •  Powerpoint
  •  Translators

Pengurusan Perniagaan
  •  Accounting
  •  Bookkeeping
  •  Customer Service
  •  Data Management
  •  Human Resources
  •  Microsoft Excel

Faedah Mengikuti Grup Jobdirumah
Apabila anda menyertai team jobdirumah ni, anda akan menerima akses segera kepada laman peribadi anda sendiri, yang menyenaraikan lebih 100,000 pekerjaan dalam talian setiap bulan, dan dikemas kini secara automatik dengan iklan tawaran terbaru hampir setiap minit.

Apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada huraian kerja yang anda inginkan, dan kemudian tekan butang 'APPLY'.

Tetapi bukan itu sahaja...

Selain akses kepada puluhan ribu pekerjaan dalam talian, anda juga menerima e-Panduan Jobdirumah, serta 4 bahagian siri video tutorial, yang akan menyediakan lebih daripada 120 minit latihan langkah demi langkah dari pakar, tentang bagaimana untuk mendapatkan pekerjaan yang anda mahu, dan dapatkan pendapatan tetap sebagai seorang pekerja dari rumah.

Panduan ini adalah dalam bentuk DIGITAL, anda akan dapat mengakses panduan dan tutorial ini di laman web ahli selepas anda aktifkan keahlian anda nanti.

Eh, banyak pulak akak menceceh dalam post ni.Pandai-pandailah korang explore nanti bila korang dah daftar sebagai member jobdirumah. Banyak jugak testimoni yang berkongsi pengalaman mereka buat part time dengan syarikat international ni.Ingat ya, bukan setakat 100 kekosongan kerja sambilan, malah hampir 100 000 kekosongan kerja part time yang boleh anda lihat apabila anda menjadi member jobdirumah ini. 

Macam mana nak daftar jadi ahli jobdirumah ?Ko klik je pic kat bawah ni. 


Orait, jangan lupa apply deh.Manalah tahu, berkat kerajinan, kesungguhan dan komitmen korang buat part time tu nanti, dapat jugak melaram dengan moto baru.ishh.Takpun, korang dapat melaram pakai barang make up yang mahal, beli baju lawa-lawa walaupun cuma buat part time masukkan data entry atau blog writer dari rumah je. Lumayan beb!

September 22, 2018

Segmen Bloglist Rasa Dan Tips Oktober - Disember 2018

September 22, 2018 6
As Salam,
Dah lama sangat tak join segmen bagai.Kali ini saya nak join segmen Bloglist daripada Blog Rasa Dan Tips.Untung-untung, blog baru saya ni tersenarai sebagai Bloglist Blog tersebut.Aaamin.

20180922_161319

Kalau ada readers yang berminat, bolehlah klik banner dan join segmen bloglist ni. Jom kita blogwalking..:)


September 21, 2018

Sedapnya Mi Spiral Carbonara Mushroom Prego

September 21, 2018 0
As Salam,
Sedapnya Mi Spiral Carbonara Mushroom Prego- Sekali sekala saya dan family memang suka mencuba masakan atau hidangan western yang mudah-mudah.Contohnya baru-baru ni, Encik Suami mintak saya cuba buat Carbonara Mushroom Prego dengan menggunakan Spiral mi.Dah nama tekak orang melayu ( lidah jawa lebih tepatnya) mesti macam pelik jugak.Kot anak-anak aku makan ke idak mi spiral ni.Bergulung bagai mi ni kan.haha.

 Mi Spiral Carbonara Mushroom Prego

Ada sesetengah orang memang lebih suka buat sos mushroom ni homemade punya.Tapi saya pulak lebih suka beli di pasaraya sos mushroom yang dah siap tinggal masukkan je dalam bahan-bahan yang kita tumis nanti.Lagipun, saya suka hidangan yang ringkas, cepat untuk disiapkan dan sedap sebab banyak benda lain lagi saya boleh buat kat rumah.kihkih.Dasar pemalas kann.ciss.

Spiral mi without Carbonara Mushroom Prego

Bahan-Bahan yang digunakan untuk membuat kuah Carbonara Mushroom. Saya letak bawang besar dan juga bawang holland, bawang putih dan cili padi:) Tambahan isi ayam dan juga sosej.Saya sediakan hidangan ni untuk ahli keluarga saya seramai 7 orang, dengan dua tin mushroom prego dan satu bungkus mi spiral 400g. Macam nak kenduri kesyukuran ko..haha.

saya guna jenama mi spiral Kimball dan carbonara mushroom Prego.Kenapa tak guna Spiral Prego punya eh? Hok jenama kimball lagi murah beb.kiki.

Spiral mi yang dah siap direbus.Time nak rebus mi spiral ni jangan lupa ko masukkan minyak zaitun dalam dua sudu makan dan secubit garam.Bila air dah mendidih. barulah ko masukkan spiral mi.

Yay!! dah siap kuah mushroom carbonara saya:) langkah memasak ada kat tin prego tu.Ko ikut je.Macam saya ni menderhaka sikit bab bahan yang saya masukkan sebab saya tambah cili padi dan black pepper sikit.Geng pedas katakan.Kalau tidak, kuah carbonara ni sebenarnya berlemak.

Jemput makan semua:)

Selamat mencuba kalau anda juga suka akan hidangan western yang ringkas macam  Mi Spiral Carbonara Mushroom Prego:)